Tuesday, 18 November 2014

PENGUCAPAN AWAM

Alhamdulillah, bertemu semula kita di blog Pelancongan dan Hospitaliti ini. Kali ini kita bercerita mengenai 'Pengucapan Awam'.
 
 
Penulis percaya, buat kita semua yang dikurniakan Allah s.w.t. anugerah untuk bercakap, sejak kecil lagi kita sangat seronok untuk bercakap. Sejak itu hari-hari kita bercakap. Pelbagai topik yang dibincangkan mengikut minat dan bergantung juga kepada siapa kita bercakap. Isu-isu seperti kejayaan dan pencapaian dalam hidup, bertanya khabar kepada sanak-saudara dan teman, isu perlawanan bola sepak, bertanya aspek pelajaran dan banyak lagi idea-idea percakapan. Sentiasa berlangsung tanpa hentinya.
 
 
Tetapi, kebanyakan dari kita, saya ulang sekali lagi, kebanyakan dari kita, rasa ketar, tidak boleh tidur malam, gelisah, seperti mahu pengsan dibuatnya apabila diminta untuk membuat pengucapan awam. Jika diminta bersedia beberapa hari lebih awal untuk membuat pengucapan awam iaitu bercakap di khalayak ramai, bolehlah juga buat kerja rumah dengan menjengah video You Tube, berlatih hadapan cermin atau hadapan teman-teman lain. Tapi bagaimana pula jika diminta berucap di hadapan khalayak secara 'impromtu' iaitu tanpa diberi masa untuk membuat persediaan awal. Masih berpeluh dibuatnya kan?
 
 
Tidak kira apa juga karier kita, samada guru, pensyarah, pemandu pelancong, perancang majlis, pakar motivasi, jurujual, orang kaunter, jurulatih, pelajar, pelakon, penyanyi, ahli perniagaan, doktor, penulis buku, hummm...senang cerita semua pekerjaan di dunia ini termasuklah juga suri rumah, kesemuanya memerlukan kita untuk mahir berucap di hadapan orang awam.
 
Pengucapan awam yang berimpak tinggi, akan meningkatkan kredibiliti kita di mata audien. Objektif penyampaian juga tercapai. Audien faham apa yang kita cuba sampaikan. Jadi apa tunggu lagi, jom kita tonton video ini.

Saya kongsikan di sini salah satu You Tube Video berkaitan pengucapan awam.
http://youtu.be/NsC-6Dvbce4

Saya juga yakin, semua orang boleh berkomunikasi, tetapi persoalannya adakah perbualan kita itu menjengkelkan, adakah kelihatan kasar bahasa yang kita gunakan. Bagaimana caranya untuk bercakap secara "natural" atau berbunyi mesra dan tidak menyakitkan hati. Di bawah ini saya kongsikan link bagi perbualan berkaitan.

http://youtu.be/AQBuiypunoU