Pemandangan dari bilik penulis di PNB Ilham Resort, Port Dickson
Sektor penginapan merupakan salah satu sektor yang agak penting dalam industri pelancongan. Kenapa penulis berani menyatakan sedemikian?
Para pembaca yang dikasihi sekalian. Sudah tentu saudara saudari sekalian jika punya kesempatan kelapangan waktu dan mempunyai peruntukan kewangan yang lebih, sudah tentu anda ingin bermalam di destinasi pilihan anda bukan? Anda ingin berada lebih lama di destinasi yang sudah lama anda idam-idamkan untuk kunjungi bukan?
Agak rugi jika anda datang jauh-jauh dari tempat tinggal anda, dengan mengeluarkan belanja yang agak besar juga, badan juga telah rasa letih menempuhi perjalanan yang agak jauh, tetapi cuma berkesempatan singgah sebentar di destinasi idaman.
Sektor penginapan memberi peluang kepada anda dan keluarga mahupun rakan-rakan tinggal lebih lama di destinasi percutian yang telah lama ditunggu-tunggu.
Walaubagaimanapun, jenis penginapan terpulang kepada peruntukan kewangan anda, pilihan anda dan rakan atau keluarga.
Penulis sendiri jika berkesempatan, akan pastikan penginapan yang dipilih mempunyai kolam renang. Inilah masanya bagi penulis untuk mengaplikasikan ilmu renang dan menyelamat yang telah dipelajari sebelum ini.
'Kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi'? Peribahasa ini sesuai juga bagi anak-anak penulis, kami berkongsi minat yang sama iaitu berenang dan fotografi.
Penulis sendiri akan berasa agak 'ralat' sekiranya tidak dapat terjun ke dalam kolam renang. Jika perempuan lain 'mata kelabu' melihat barang kemas, lain pula halnya dengan penulis. Citarasa penulis tertumpu kepada kolam renang dan gajet-gajet fotografi dan bahan elektronik yang boleh penulis kongsikan dengan anak-anak murid penulis.
Jenis-jenis Penginapan
Jenis-jenis penginapan dalam industri pelancongan terbahagi kepada LIMA (5) yang utama di mana setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain. Jenis penginapan tersebut adalah seperti berikut:
1. Hotel2. Resorts
3. Bed & Breakfast
4. Homestay
5. Camp Ground
Insyallah, penulis akan berkongsi dengan anda semua perbezaan bagi setiap jenis penginapan ini.
No comments:
Post a Comment