Tagline di atas memberi impak besar kepada penulis dan anak-anak murid khususnya para pelajar Diploma Pengurusan Acara, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Merlimau.
Setiap pengajuran acara, perlulah ditanam dalam diri untuk memberikan yang terbaik khususnya kepada para jemputan. Namun begitu, tidak dinafikan untuk memberikan yang 'HEBAT', memerlukan juga dana yang tidak kurang 'HEBAT'.
Justeru, dalam hal ini FUNDRAISING dan SPONSORSHIP memainkan peranan penting di dalam memastikan sesuatu acara itu dapat dilaksanakan dengan besar-besaran dan di akhir majlis semua pihak berpuas hati.
Alhamdulillah, selepas menyertai seminar yang dikendalikan oleh Cik Hazira Mohd Nasir ini, penulis sendiri turut membuka luas-luas pandangan dan pemikiran penulis terhadap bidang pengurusan acara. Barulah penulis faham dan mampu membezakan antara FUNDRAISING dan SPONSORSHIP.
FUNDRAISING
Secara ringkasnya 'fundraising' sinonim dengan istilah "menjana dana".
Fundraising merupakan sesuatu aktiviti keusahawanan samada berbentuk jualan produk atau perkhidmatan oleh pengajur acara bagi tujuan mengumpul dana bagi melaksanakan aktiviti atau acara yang telah dirancang.
Contoh yang biasa dilakukan adalah seperti jualan tiket masuk ke sesuatu tayangan ataupun persembahan kebudayaan.
Satu lagi contoh yang sesuai adalah kempen kesedaran alam sekitar yang melibatkan sesi tandatangan oleh warga sesuatu institusi yang menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar. Walaubagaimanapun, warga yang menyokong usaha ini perlu membayar sebanyak 50sen untuk menandatangani di atas banner yang disediakan oleh pengajur.
Aktiviti-aktiviti lain fundraising adalah seperti jualan aiskrim, perkhidmatan mengemas rumah, perkhidmatan membasuh kereta, menjadi badut dan sebarang aktiviti lain yang kreatif dan menarik perhatian kumpulan sasaran.
SPONSORSHIP
Juga dikenali sebagai tajaan daripada pihak, ataupun suntikan modal dalam bentuk kewangan mahupun barangan dan perkhidmatan kepada penganjur majlis.
Perlu diingat di sini, penaja yang dicari seharusnya bersesuaian dengan acara yang ingin dilaksanakan. Misalnya aktiviti bersarapan di UPM yang diadakan sedikit masa dahulu. Penaja utama bagi acara ini adalah MILO. Berkaitan bukan, kesihatan dan kecergasan dikaitkan dengan minuman MILO.
Begitu juga dengan pertandingan Reka Fesyen, penaja yang berkaitan adalah syarikat perniagaan kain iaitu seperti Gullatis dan Jackel. Penaja lain yang berkaitan mungkin juga seperti produk kasut dan beg tangan dan juga tudung. Pertandingan ini sinonim dengan wanita, pihak pengajur wajar juga mencari penaja seperti produk kesihatan dan kecantikan, percutian dan perabot.
POTENSI PENAJA
Pihak-pihak yang berpotensi sebagai penaja adalah seperti berikut iaitu:1. Individu
2. Syarikat dan badan korporat
3. Agensi kerajaan
4. Pihak Industri dan Pertubuhan dalam Industri
5. Institusi Pendidikan.
SPONSORSHIP BENEFITS
Situasi di sini berupa 'win win situation' di mana kedua-dua belah pihak memperolehi keuntungan. Keuntungan tersebut adalah seperti berikut iaitu:Kepada Acara (Bagi Pengajur Acara)
1. pelaburan kewangan oleh pihak penaja2. in-kind services
Karangkraf menaja majalah kepada para tetamu yang hadir
Syarikat Khalis iaitu pengeluar produk santan dari Kelapa Sawit menaja santan untuk Pertandingan Memasak Bubur Lambuk Menara Kuala Lumpur juga dalam masa yang sama memberi minuman percuma cendol dan air bandung dari santan Kelapa Sawit juga turut menjual santan tersebut semasa pertandingan berlangsung
Semasa Pertandingan Memasak Bubur Lambuk juga syarikat pengeluar Ghee Blend menaja dalam bentuk in-kind iaitu meletakkan kereta antik Volkswagen di tapak pertandingan. Kereta tersebut dicat dan dilabel dengan jenama Ghee Blend, tin-tin Ghee Blend dihiasi mengelilingi kereta tersebut.
3. Marketing and media expertise
4. Event Brand Enhancement
5. Product and Service Offers for Event Goers
Kepada Perniagaan (Bagi Pihak Penaja)
1. Increase Brand Awareness2. Brand Image Enhancement
3. Product Trial or Service Exposure
4. Sales or Hospitality Opportunities
5. Market Interactivity
Jelas di sini bahawa bukan hanya Penganjur Acara sahaja yang memerlukan Pihak Penaja, bahkan Sponsorship juga merupakan salah satu dari kaedah pemasaran sesebuah syarikat mahupun organisasi di dalam memasarkan produk dan perkhidmatan masing-masing.
EVENT CATEGORIES FOR BUSSINESS SPONSORSHIP
1. Acara Sukan2. Aktiviti Kesenian dan Kebudayaan
3. Program Pendidikan
4. Pameran Perniagaan dan Persidangan
5. Some sponsors support events as part of their community profile
CONTOH-CONTOH IN-KIND SPONSORSHIP dan FUNDRAISING
Boleh dalam bentuk In-Kind Sponsorship atau Fundraising (pelajar sendiri menjadi badut) |
Artis membuat persembahan dalam masa yang sama membuka gerai jualan album |
Tajaan bahan memasak sempena Pertandingan Memasak Bubur Lambuk Menara Kuala Lumpur |
Tajaan gas memasak, apron dan topi oleh PETRONAS |
In-kind Sponsor Periuk dan Khemah oleh Masjid Kampung Baru |
Tudung juga boleh dijadikan sebagai In-kind sponsor hadiah kepada tetamu jemputan |
Artis menjadi duta sebagai tarikan utama sesebuah acara |
No comments:
Post a Comment