Showing posts with label attractions. Show all posts
Showing posts with label attractions. Show all posts

Sunday, 17 March 2013

natural attractions

Selain dari LIMA (5) kategori daya tarikan yang dinyatakan sebelum ini, penulis berpendapat bahawa keindahan semulajadi seperti flora dan fauna juga merupakan daya tarikan yang mampu menarik pengunjung untuk berkunjung ke sesuatu tempat.

Penulis berkesempatan menonton Majalah 3, di TV3 malam tadi. Isu yang dipaparkan adalah daya tarikan semulajadi yang terdapat di Taman Negeri Ulu Belum, Perak. Diantara daya tarikan semulajadi utama yang menggamit pelancong ke sini adalah seperti Bunga Pakma yang lebih dikenali sebagai Rafflesia, Ikan Kelah, Boat House, dan pokok-pokok Hutan Hujan Tropika yang berusia lebih daripada 300 juta tahun.

Penulis juga berkesempatan menawarkan diri sebagai salah seorang sukarelawan sempena acara Raptor Watch 2013 di Hutan Simpan Tanjung Tuan, Port Dickson pada 9 dan 10hb Mac baru-baru ini.


Sukarelawan bagi aktiviti Nature Walk

Hutan Hujan Tropika yang terletak di pesisiran pantai ini, merupakan sebilangan kecil hutan pesisiran pantai yang masih wujud di Semenanjung Malaysia. Selain dari bertindak sebagai agen penampan dari ombak dan angin, hutan ini juga sangat istimewa kerana menjadi tempat persinggahan burung-burung pemangsa yang dipanggil Raptor yang singgah dalam perjalanan pulang ke negara asalnya di Siberia, Jepun, Korea dan Rusia yang sebelum ini mengalami musim sejuk pada bulan Oktober setiap tahun.

Burung yang berasal dari keturunan dinasours iaitu Velociraptors ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan keturunan asalnya iaitu mempunyai paruh yang besar, runcing dan tajam untuk mengoyakkan mangsanya. Burung ini juga mempunyai kaki yang kuat berkuku tajam untuk memegang mangsa yang terdiri daripada mamalia dan burung-burung kecil.

Kepak burung-burung pemangsa ini boleh mencecah sehingga 1 meter lebar ketika dikuak untuk terbang. Kepak ini membekalkan kekuatan tambahan bagi burung pemangsa untuk mengangkat mangsanya yang agak berat.

Kepentingan Hutan Simpan Tanjung Tuan kepada spesies Raptor

Hutan Simpan Tanjung Tuan yang terletak di Port Dickson ini berada di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Hutan ini telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah kategori Hutan Perlindungan dan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Berdasarkan perundangan yang termaktub di bawah akta ini, tiada sebarang aktiviti penebangan hutan, pengambilan hasil-hasil hutan, pembakaran hutan, menangkap, mencederakan atau membawa keluar hidupan liar yang terdapat di sini.

Pembangunan di kawasan ini adalah pembangunan secara minima, bagi mengelakkan berlaku kerosakan kepada alam semulajadi yang terdapat di kawasan hutan ini.

Seperti kita sedia maklum, kawasan hutan ini menjadi kawasan persinggahan burung-burung pemangsa ini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke negara masing-masing. Kebiasaannya, burung-burung ini boleh diperhatikan singgah di Hutan Simpan Tanjung Tuan pada setiap awal Mac sehingga bulan April.

Kawasan hutan yang merupakan kawasan daratan paling hampir dengan Pulau Rupat, Kepulauan Sumatera ini membekalkan thermal column  kepada burung-burung ini,sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga oleh burung-burung untuk terbang. Justeru, cuaca yang panas merupakan waktu yang sesuai bagi raptors ini untuk terbang. Kebiasaannya, burung-burung pemangsa ini boleh didapati terbang sekitar jam 11 pagi hingga jam 3 petang.

Dengan adanya thermal column yang dibekalkan oleh kawasan hutan simpan ini, burung-burung pemangsa ini hanya perlu menguak (glide) kepak masing-masing iaitu hanya meluncur terbang di awan sebelum sampai ke kawasan daratan. Sebaik sahaja tiba di hutan simpan pesisiran pantai ini, burung-burung ini boleh mencari mangsa yang terdiri daripada haiwan dan burung-burung kecil untuk dimakan, sebelum meneruskan semula perjalanan pulang.

Pada tahun lepas sahaja, lebih dari 40,000 raptors direkodkan terbang melintasi Hutan Simpan Tanjung Tuan, Port Dickson. Burung-burung yang biasa ditemui adalah dari jenis burung helang seperti Crested Honey Buzzard, Chineese Goshawk, Black Baza, Japanese Sparrowhawk dan Grey Faced Buzzard.

Burung-burung pemangsa ini sangat penting menyumbang kepada keseimbangan ekosistem di sesuatu kawasan hutan, sesuai dengan kedudukannya antara yang paling tinggi dalam rantaian makanan.



Taklimat Awal Kepada Sukarelawan di Menara Pemerhati PNB Ilham Resort



Simulasi Latihan Sebelum Acara Sebenar



Persiapan Terakhir Sebelum Pengunjung Tiba

Taklimat dan Pembahagian Kumpulan

Sahabat Lama daripada Jabatan Perhutanan Negeri Melaka

Berdasarkan pandangan peribadi penulis, acara tahunan ini berjalan dengan lancar, meriah dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pelbagai pihak. Tahniah dan sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak berikut iaitu Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) sendiri, Kerajaan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, PNB Ilham Resort kerana penajaan lokasi acara, Penaja-penaja utama IJM, Air France, HSBC, warga UTEM, agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Penggalak Pelancongan N.Sembilan, Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka, delegasi-delegasi dari luar negara yang turut serta, Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, MINOX, NIKON dan banyak lagi pihak yang tidak mampu disebutkan satu persatu.

Kedatangan orang awam ke acara tahunan ini juga sesungguhnya amat bermakna sebagai tanda sokongan masyarakat khususnya orang awam terhadap kesedaran di kalangan mereka akan peri pentingnya memelihara alam semulajadi khusus bagi kepentingan sejagat.

Penulis juga berharap lebih ramai lagi di kalangan anda yang akan mendaftar menjadi sebahagian ahli keluarga Malaysia Nature Society (MNS), lebih ramai yang menyatakan sokongan padu mereka terhadap kepentingan pemuliharaan alam semulajadi, insyallah alam semulajadi akan lebih terpelihara.

www.mns.my


Attractions/Tempat Tarikan

Attractions  juga dikenali sebagai Tempat Tarikan merupakan salah satu sektor yang terdapat dalam industri pelancongan.

Hasil pembacaan penulis sebelum ini, attractions terbahagi kepada beberapa bahagian pula iaitu:
  1.  Performing Visual Art/Persembahan Seni Visual

  2.  Entertainment/Hiburan
  3.  Historical Sites/Tapak Bersejarah

  4.  Museums & Gallery/Galeri dan Muzium

  5.  Theme Parks/Taman Tema

1.  Performing Visual Art/Persembahan Seni Visual
Berdasarkan pandangan peribadi penulis sendiri, Universal Studio Singapore (USS) merupakan salah satu contoh Performing Visual Art dan mungkin juga Istana Budaya.

Para pengunjung datang ke sini, dengan matlamat utama untuk menyaksikan persembahan seni berbentuk visual,kebiasaannya teknologi visual dan bunyi yang tinggi dan moden.

Istana Far-far Away menyambut kehadiran para pelancong


Pintu Masuk Ke USS dari parkir bas dan kereta


Trademarks photo wajib bagi pengunjung yang datang ke USS


Di hadapan robot Transformers


2.  Entertainment/Hiburan

Universal Studio Singapore (USS) juga masuk dalam kategori ini.  Daya tarikan yang terdapat di sini adalah suasana seolah-olah berada di kawasan penggambaran filem.  Disokong oleh filem-filem box office yang mendapat tempat di hati peminat misalnya Madagascar, Transformers dan Shrek.

Pengunjung juga boleh merasai sendiri kesan bunyi dan visual khas jika menjengah ke Light Camera Action. Seperti mengalami suasana ribut dan letupan kebakaran yang sebenar.

Kesan visual khas 3 dimensi pula boleh dirasai semasa pengunjung menaiki kereta 3D di Transformers, pengalaman paling menakutkan tetapi agak unik.

Semasa di sini juga, pengunjung yang bertuah berpeluang beramah mesra dan bergambar dengan karakter-karakter kartun seperti Donald Duck, Shrek dan Princess Fiona, tidak kurang juga karakter-karakter yang menakutkan.

Aksi Nyanyian dan Tarian daripada The Sesame Street
Penulis di hadapan Istana Far Far Away

Bergambar Bersama Rakan Bagpackers ke Singapura          

Konsep Timur Tengah
Bersama Karakter Princess Fiona dan Shrek
Bersama Karakter Donald Duck dan Daisy
Bersama rakan baru dari India





Wednesday, 13 February 2013

Sektor-sektor dalam Industri Pelancongan

Berdasarkan Competency Standard for Polytechnic Graduates (2010), industri pelancongan terbahagi kepada beberapa sektor utama iaitu seperti berikut:
  
            1.  Lodging/penginapan
            2.  Culinary/Kulinari
            3.  Mice and Events/MICE dan Acara
            4.  Tourism Services/Perkhidmatan Pelancongan
            5.  Attractions/Tempat Tarikan
            6.  Transportation/Pengangkutan
            7.  Recreation/Rekreasi
            8.  Travel Trade/Perniagaan Pelancongan

Jelas di sini bahawa industri pelancongan merupakan suatu industri yang luas dan berpotensi besar menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi negara.