Wednesday, 13 November 2013

Teori Bencana di Cameron Highlands


Kitaran Air
(diagram Kitaran Air dipetik dari http://ga.water.usgs.gov/edu/watercycle-kids-malay.html)

Bertemu lagi kita dalam post kedua juga berhubung dengan bencana banjir besar di tanah tinggi Cameron. Izinkan penulis merujuk kepada diagram di atas yang penulis petik dari sumber yang dinyatakan di atas.

Pasti para pembaca sekalian tertanya-tanya apa rasionalnya penulis memuat naik diagram "Kitaran Air" tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, banjir besar yang berlaku di Cameron Highland baru-baru ini disebabkan oleh pelepasan air dari Empangan di Sg. Bertam.

Mengapa air dari empangan tersebut terpaksa dilepaskan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB)? Dari mana datangnya air yang tiba-tiba memenuhi empangan tersebut sehingga mengakibatkan pihak pengurusan terpaksa mengambil langkah melepaskan air tersebut?

Berbekalkan sekelumit ilmu yang penulis ada, izinkan penulis untuk menceritakan perihal pergerakan air di bumi. Dari mana air tersebut datang dan kemanakah air itu pergi.

Matahari yang memancarkan cahaya dan membekalkan tenaga haba menyebabkan air yang berada di sungai-sungai, empangan, laut dan juga mana-mana sumber air menggalakkan berlakunya proses "pemeluwapan".

Dalam proses pemeluwapan, wap air di bawa naik ke atas iaitu atmosfera dan disimpan dalam bentuk awan. Bagi tumbuh-tumbuhan pula, kewujudan tenaga haba dari matahari menyebabkan air dalam tumbuh-tumbuhan dikeluarkan dan naik ke atmosfera melalui proses yang sama tetapi digelar proses "sejatan".

Ais dan salji yang terdapat di kawasan pergunungan pula turut mengalami keadaan yang sama tetapi proses tersebut dikenali sebagai "pemejalwapan". Sebahagian lagi ais di kawasan pergunungan tersebut mengalami cairan salji dan masuk ke sungai-sungai berdekatan seterusnya masuk ke laut.

Berbalik kita kepada air yang disimpan dalam awan. Awan yang telah dipenuhi air, akan menurunkan air tersebut ke dalam laut dan bumi dalam bentuk curahan yang dipanggil "hujan". Ada hujan yang mempunyai keamatan yang tinggi dan sederhana juga rendah, di sini para pembaca dikasihi sekalian akan bertemu dengan hujan yang sangat lebat, sederhana lebat dan gerimis.

Bagi kawasan tanah tinggi yang mempunyai bilangan pokok yang mencukupi, hujan yang berkeamatan tinggi atau dengan kata lain mengalami hujan yang lebat tidak begitu terjejas. Mengapa ya? Mari sama-sama lihat diagram "Kitaran Air" di atas.

Pokok-pokok yang terdapat di kawasan tanah-tanah tinggi ini mampu bertindak sebagai penyerap air dan penghadang angin kencang. Dalam hal ini, air hujan yang turun dengan lebat tidak akan terus terkena tanah di kawasan tersebut. Sebaliknya air hujan ini akan terkena terlebih dahulu pokok-pokok yang ada, dan sebaik air hujan tersebut mencecah ke tanah, nilai keamatannya telah menjadi rendah.

Proses seterusnya adalah, air yang telah mencecah ke tanah ini akan diserap pula oleh akar-akar pokok melalui proses yang dipanggil "serapan". Sebahagian air tersebut akan mengalir di bawah tanah dan menjadi "aliran air bawah tanah". Air ini juga akan masuk ke laut.

Sebahagian lagi air akan berjaya sampai ke bahagian bawah tanah dan menjadi "simpanan air bawah tanah". Air di bawah kategori ini boleh digunakan bagi sumber minuman, mengairkan kawasan tanaman dan sebagainya.

Hal sebaliknya berlaku apabila sesuatu kawasan tanah lapang dan lebih teruk lagi sekiranya kawasan lapang tanpa pokok tersebut adalah kawasan berkecerunan tinggi. Hujan lebat akan terus mencecah ke tanah. Air berkeamatan tinggi tersebut akan membawa bersama tanah-tanah yang ada dan masuk menuju ke longkang atau sungai berdekatan. Proses ini dinamakan "air larian permukaan".

Penulis yakin, para pembaca sekalian biasa mendengar kes-kes tanah runtuh, banjir lumpur dan yang terbaru adalah banjir besar di tanah tinggi Cameron pada hujung bulan Oktober 2013 baru-baru ini. Pendapat peribadi penulis sendiri sebenarnya, apa yang berlaku di tanah tinggi baru-baru ini wajar dijadikan pengajaran.

Teorinya sangat mudah sebenarnya. Penulis yakin ada di kalangan para pembaca yang dikasihi sekalian pernah berkunjung ke Cameron Highlands. Pasti semua sedar, status tanah tinggi ini sebagai salah satu pusat penanaman sayur negara. Jadi sudah pasti, pemandangan yang anda semua dapat saksikan di sana sudah pasti bumbung-bumbung plastik pelindung tanaman yang digelar "Sistem Pelindung Hujan (SPH)".

Hmm...ini bukan kes masuk bakul angkat sendiri. Jiwa penulis sebagai seorang yang cintakan alam sekitar, sakit rasa nyawa penulis melihat kehijauan di tanah tinggi ini telah bertukar menjadi pemandangan keputihan dan silau bak banyaknya SPH tersebut. Alangkah baiknya jika ada para jurutera sekalian khususnya yang menjurus kepada bidang pertanian mencipta alternatif baru yang mesra alam bagi menggantikan SPH ini.

Teringat penulis rancangan SOAL JAWAB di TV3 malam tadi. Rancangan yang dikendalikan oleh Cikpuan Norzie Pak Wan Chik ini memang kena pada masa dan tempatnya. Syabas penulis ucapkan kepada kedua-dua panel, terutamanya kepada Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia juga dikenali sebagai Malaysian Nature Society (MNS), Prof. Dr. Maketab Mohamed di atas keberanian beliau bersuara dan mengupas di sebalik kejadian banjir besar di Cameron Highland.

Penulis amat berharap agar pihak berwajib yang berkaitan akan menerima huluran tangan Badan Bukan Kerajaan (NGO's) ini untuk menyelesaikan kemelut Cameron Highland. Penulis tertarik dengan kenyataan beliau meminta pihak berkaitan meninggalkan sikap "denial" yang tidak akan membantu menyelesaikan kemelut tersebut.

Penulis juga tertarik dengan cadangan beliau agar pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk mewartakan kawasan tanah tinggi ini sebagai salah satu destinasi pelancongan. Penulis yakin, sekiranya pihak kerajaan menimbangkan langkah mewartakan Cameron Highlands sebagai salah satu destinasi pelancongan negara, kawasan tanah tinggi ini akan terpelihara.


Satu lagi aspek yang ditekankan beliau adalah di pihak pengurusan empangan sendiri iaitu pihak TNB sewajarnya mewujudkan beberapa Standard Operation Procedure (SOP) berkaitan pelepasan empangan.

47 hari lagi menjelang Visit Malaysia Year 2014, namun negara kita pada dasarnya telah kehilangan salah satu destinasi pelancongan utama negara. Teringat penulis, paling akhir penulis berkunjung ke Cameron Highlands adalah pada akhir tahun 2010. Memang penulis tidak terkejut, pekan Ringlet salah satu pekan kecil di bahagian bawah Cameron Highlands sering dilanda banjir kilat. Kebetulan pada masa tersebut, penulis menaiki bas dan penulis dapat saksikan sungai-sungai yang terletak bersebelahan jalan utama dipenuhi dengan guni-guni sisa bahan pertanian.

Betullah, manusia sendiri yang melakukan kerosakan di muka bumi ini. Kerosakan di muka bumi ini dapat dikurangkan sekiranya setiap pihak samada  pihak pelancong, penduduk setempat, majlis daerah, pengusaha pertanian, hotel dan penginapan bersama-sama memainkan peranan masing-masing dalam memastikan sumber semulajadi negara terpelihara.

Penulis berharap tiada lagi kawasan lain pula dilanda bencana besar selepas ini. Semoga semua pihak membuka mata masing-masing, pandang-pandang dan perhatikan apa yang kurang dan perlu diperbaiki agar musibah yang sama tidak berulang. 

Bencana di tanah tinggi Cameron

KEADAAN kawasan sekitar tebing Sungai Bertam dekat Ringlet, Cameron Highlands selepas dilanda banjir. - Foto Ikhwan Munir

"Banjir di Cameron Highlands - 3 Maut, Seorang Hilang" , itu merupakan tajuk akhbar 23 Oktober 2013 yang penulis petik dari laman web http://www.bharian.com.my/articles/BanjirdiCameronHighlands-3maut_seoranghilang/Article/ .

Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan jutaan takziah kepada mangsa yang terlibat dengan bencana besar di Cameron Highland baru-baru ini. Penulis sendiri berasa benar-benar kehilangan, kerana tanah tinggi ini ibarat rumah kedua bagi penulis. Mana tidaknya, sebelum ini saban tahun dua hingga tiga kali penulis akan bercuti bersama ahli keluarga di sini.

Begitu juga dengan rakyat negeri Kelantan. Saban tahun, bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, tanah tinggi Cameron akan dipenuhi dengan rakyat negeri Kelantan. Kewujudan jalan raya dari Lojing, Kelantan ke Cameron Highland memudahkan lagi mereka untuk datang bercuti menikmati udara segar di Cameron Highland.

Namun, walaupun penulis telah berhijrah ke Melaka Bandaraya Bersejarah, penulis pasti bahawa rakyat Kelantan juga mungkin menerima sedikit sebanyak tempias bencana yang melanda tanah tinggi ini. Penulis tidak pasti pula, lokasi percutian mereka pada tahun ini kerana Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad V disambut baru-baru ini pada 11 dan 12 November 2013 iaitu selepas berlakunya bencana di tanah tinggi ini.   

Baiklah, apa yang ingin penulis kongsikan di sini bukanlah mengenai aktiviti percutian rakyat Kelantan ke Cameron Highlands tetapi juga rasa sedih penulis kerana apa yang penulis khuatirkan selama ini akhirnya menjadi kenyataan.

Sebagai seorang yang telah mendapat pendidikan formal dalam bidang perhutanan, penulis sendiri berasa sedih dengan bencana yang melanda tanah tinggi ini. Kemusnahan yang berlaku di tanah tinggi ini merupakan kemusnahan agak besar yang memerlukan jangka masa agak panjang dan kos yang besar bagi proses pemulihan sumber alam semulajadi dan pembangunan semula penduduk yang tinggal di sana terutama sekali di sekitar Sungai Bertam.

Thursday, 18 July 2013

Excellent Hospitality and Customer Service

Alhamdulillah, penulis baru sahaja menamatkan kelas 3 jam 30 minit kelas pada hari ini. Kelas HH101 Excellent Hospitality and Customer Service.  Kelas bermula jam 11 pagi tamat jam 2.30 petang. Penulis sempat mengingatkan para pelajar untuk menunaikan solat fardu Zohor sebelum mereka meneruskan kelas lain pula jam 3 petang nanti.

Kursus HH101 ini agak relevan dan berguna dalam hidup penulis. Semester ini merupakan semester kedua penulis mengajar kursus ini. Sangat menarik kerana ianya berkisar kehidupan seharian penulis dan para pelajar juga.


"To Be A Good Service Provider, First...You Have To Be a Customer", (Mazura, 2013).


Penulis pasti anda semua mempunyai pelbagai kisah pahit manis berhubung Customer Service.

Kisah Negatif Berhubung Customer Service

Paling mudah pengalaman yang pernah penulis hadapi adalah semasa bersiar-siar membeli belah di gedung membeli belah Mahkota Parade, Bandar Hilir, Melaka. Penulis tertarik dengan produk 'external key-board'  Samsung di salah sebuah kedai di situ. Pada masa penulis menghampiri kaunter jualan kedai tersebut terdapat seorang pelanggan yang sedang dilayan oleh seorang jurujual kedai tersebut. 3 orang lagi jurujual sedang duduk di kedai tersebut. Seingat penulis, hampir 10 minit penulis terpacak kaku di kedai tersebut tanpa dilayani atau disapa oleh para pekerja di situ. Penulis teringin sangat ingin membeli 'external keyboard' tersebut. Namun disebabkan perkhidmatan sedemikian rupa (they do make me invisible at their place), dengan rasa geram penulis 'angkat kaki' tanpa melakukan sebarang urusan pembelian. Kecewa pun ada, namun tanpa layanan yang berkesan mustahil berlaku transaksi perniagaan.

Kisah Positif Berhubung Customer Service

Walaupun baru setahun jagung mengajar kursus Excellent Hospitality and Customer Service, namun impaknya agak besar dalam hidup penulis. Alhamdulillah, peluang ditawarkan menjadi Tour Leader ke Beijing pada 24 hingga 30 Mei 2013 yang lalu benar-benar meningkatkan tahap keyakinan penulis, khususnya untuk berkongsi pula ilmu dan pengalaman yang ada bersama para pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan dan juga Diploma Pengurusan Acara, Politeknik Merlimau, Melaka.

3 tajuk utama iaitu Customer Service and Satisfaction, Excellent Hospitality Service Culture dan Handling Complaints and Feedbacks bersama-sama nota kursus yang diberikan oleh Poto Travel & Tours memang sangat membantu di dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan sepanjang percutian tersebut.

Taklimat kepada pelanggan sebelum berlepas ke Beijing



Penerangan produk dan kegunaannya juga merupakan
salah satu bentuk perkhidmatan kepada pelanggan


Wednesday, 17 July 2013

Fundraising dan Sponsorship

THINK EVENT, THINK BIG by Hazira Mohd Nasir.

Tagline di atas memberi impak besar kepada penulis dan anak-anak murid khususnya para pelajar Diploma Pengurusan Acara, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Merlimau.

Setiap pengajuran acara, perlulah ditanam dalam diri untuk memberikan yang terbaik khususnya kepada para jemputan. Namun begitu, tidak dinafikan untuk memberikan yang 'HEBAT', memerlukan juga dana yang tidak kurang 'HEBAT'.

Justeru, dalam hal ini FUNDRAISING dan SPONSORSHIP memainkan peranan penting di dalam memastikan sesuatu acara itu dapat dilaksanakan dengan besar-besaran dan di akhir majlis semua pihak berpuas hati.

Alhamdulillah, selepas menyertai seminar yang dikendalikan oleh Cik Hazira Mohd Nasir ini, penulis sendiri turut membuka luas-luas pandangan dan pemikiran penulis terhadap bidang pengurusan acara. Barulah penulis faham dan mampu membezakan antara FUNDRAISING dan SPONSORSHIP.


FUNDRAISING

Secara ringkasnya 'fundraising' sinonim dengan istilah "menjana dana".

Fundraising merupakan sesuatu aktiviti keusahawanan samada berbentuk jualan produk atau perkhidmatan oleh pengajur acara bagi tujuan mengumpul dana bagi melaksanakan aktiviti atau acara yang telah dirancang.

Contoh yang biasa dilakukan adalah seperti jualan tiket masuk ke sesuatu tayangan ataupun persembahan kebudayaan. 

Satu lagi contoh yang sesuai adalah kempen kesedaran alam sekitar yang melibatkan sesi tandatangan oleh warga sesuatu institusi yang menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar. Walaubagaimanapun, warga yang menyokong usaha ini perlu membayar sebanyak 50sen untuk menandatangani di atas banner yang disediakan oleh pengajur. 

Aktiviti-aktiviti lain fundraising adalah seperti jualan aiskrim, perkhidmatan mengemas rumah, perkhidmatan membasuh kereta, menjadi badut dan sebarang aktiviti lain yang kreatif dan menarik perhatian kumpulan sasaran.

SPONSORSHIP

Juga dikenali sebagai tajaan daripada pihak, ataupun suntikan modal dalam bentuk kewangan mahupun barangan dan perkhidmatan kepada penganjur majlis.

Perlu diingat di sini, penaja yang dicari seharusnya bersesuaian dengan acara yang ingin dilaksanakan. Misalnya aktiviti bersarapan di UPM yang diadakan sedikit masa dahulu. Penaja utama bagi acara ini adalah MILO. Berkaitan bukan, kesihatan dan kecergasan dikaitkan dengan minuman MILO.

Begitu juga dengan pertandingan Reka Fesyen, penaja yang berkaitan adalah syarikat perniagaan kain iaitu seperti Gullatis dan Jackel. Penaja lain yang berkaitan mungkin juga seperti produk kasut dan beg tangan dan juga tudung. Pertandingan ini sinonim dengan wanita, pihak pengajur wajar juga mencari penaja seperti produk kesihatan dan kecantikan, percutian dan perabot.


POTENSI PENAJA

Pihak-pihak yang berpotensi sebagai penaja adalah seperti berikut iaitu:
1.  Individu
2. Syarikat dan badan korporat
3. Agensi kerajaan
4. Pihak Industri dan Pertubuhan dalam Industri
5. Institusi Pendidikan.



SPONSORSHIP BENEFITS

Situasi di sini berupa 'win win situation' di mana kedua-dua belah pihak memperolehi keuntungan. Keuntungan tersebut adalah seperti berikut iaitu:

 

Kepada Acara (Bagi Pengajur Acara) 

1.  pelaburan kewangan oleh pihak penaja
2.  in-kind services
  • Karangkraf menaja majalah kepada para tetamu yang hadir
  • Syarikat Khalis iaitu pengeluar produk santan dari Kelapa Sawit menaja santan untuk     Pertandingan Memasak Bubur Lambuk Menara Kuala Lumpur juga dalam masa yang sama memberi minuman percuma cendol dan air bandung dari santan Kelapa Sawit juga turut menjual santan tersebut semasa pertandingan berlangsung
  • Semasa Pertandingan Memasak Bubur Lambuk juga syarikat pengeluar Ghee Blend menaja dalam bentuk in-kind iaitu meletakkan kereta antik Volkswagen di tapak pertandingan. Kereta tersebut dicat dan dilabel dengan jenama Ghee Blend, tin-tin Ghee Blend dihiasi mengelilingi kereta tersebut.

  • 3. Marketing and media expertise
    4. Event Brand Enhancement
    5. Product and Service Offers for Event Goers


     Kepada Perniagaan (Bagi Pihak Penaja)

    1.  Increase Brand Awareness
    2.  Brand Image Enhancement
    3.  Product Trial or Service Exposure
    4.  Sales or Hospitality Opportunities
    5.  Market Interactivity

    Jelas di sini bahawa bukan hanya Penganjur Acara sahaja yang memerlukan Pihak Penaja, bahkan Sponsorship juga merupakan salah satu dari kaedah pemasaran sesebuah syarikat mahupun organisasi di dalam memasarkan produk dan perkhidmatan masing-masing.


     

    EVENT CATEGORIES FOR BUSSINESS SPONSORSHIP

    1.  Acara Sukan
    2.  Aktiviti Kesenian dan Kebudayaan
    3.  Program Pendidikan
    4.  Pameran Perniagaan dan Persidangan
    5.  Some sponsors support events as part of their community profile



    CONTOH-CONTOH IN-KIND SPONSORSHIP dan FUNDRAISING

    Boleh dalam bentuk In-Kind Sponsorship atau Fundraising (pelajar sendiri menjadi badut)
    Artis membuat persembahan dalam masa yang sama membuka gerai jualan album
    Tajaan bahan memasak sempena Pertandingan Memasak Bubur Lambuk Menara Kuala Lumpur
    
    Tajaan gas memasak, apron dan topi oleh PETRONAS
    
    In-kind Sponsor Periuk dan Khemah oleh Masjid Kampung Baru

    
    Tudung juga boleh dijadikan sebagai In-kind sponsor hadiah kepada tetamu jemputan

    Artis menjadi duta sebagai tarikan utama sesebuah acara




    Seminar Protocol, Fundraising and Sponsorship

    Pada 9 Julai 2013 yang lalu, satu seminar "Protocol, Fundraising and Sponsorship" telah diadakan di Dewan Titanium, Politeknik Merlimau. Panel jemputan adalah Cik Hazira binti Mohd Nasir, Pensyarah Pengurusan Majlis, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Uitm Puncak Alam, Selangor.

    Cik Hazira juga merupakan Pegawai Komunikasi Korporat Uitm tersebut. Berpengalaman luas menganjurkan event di dalam mahupun luar negara, Cik Hazira pernah berkhidmat sebagai Konsultan Pengangkutan & Komersial bersama F.H. Bertling (Malaysia) Sdn. Bhd., Eksekutif  Senior Jabatan Komersial CMA, CGM & ANL Marseille, France dan juga sebagai Krew Kabin Singapore Airlines Ltd.


    What is Event Management? by Cik Hazira Mohd Nasir

    What is Event ?

    Berdasarkan pembentangan oleh Cik Hazira, beliau menyatakan bahawa Event is any organized presentation or activity that is consiously planned and conducted to achieved specific goals or objectives.



    What is Event Management?

    Pengurusan Acara pula merupakan proses penyediaan dan perlaksanaan acara yang dirancang secara sistematik supaya majlis berjalan lancar dan memberi impak positif  kepada imej pengajur dan organisasi.

    Sedar atau tidak dalam kehidupan kita seharian, pengurusan acara sebenarnya sudah jadi sebahagian dari kehidupan kita. Samada sebagai pemerhati, tetamu, menjadi penggerak sokongan sesuatu acara ataupun sebagai ketua merangkap pengarah program.

    Dengan kata lain, pengurusan acara merupakan sebarang bentuk pembentangan atau aktiviti yang secara sedar dirancang dan dilaksanakan secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

    Contoh paling mudah adalah Majlis Undangan Perkahwinan. Objektif utama majlis ini adalah untuk meraikan pengantin dan keluarga pengantin, memperkenalkan 'menantu baru' kepada ahli keluarga, sanak saudara dan jiran serta sahabat handai, juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.

    Jelas di sini  bahawa sebelum upacara kenduri berlangsung, ahli keluarga dan sanak saudara terdekat akan duduk 'berkampung' bagi membincangkan acara kenduri kelak, tidak juga lupa adalah pembahagian tugas setiap ahli keluarga.

    Jenis-jenis Acara

    Jenis-jenis acara yang biasanya dianjurkan adalah seperti berikut iaitu:

    1.  VIP Summit
    2.  Conferences
    3.  Corporate Hospitality
    4.  Entertainment
    5.  Award Ceremonies
    6.  Product Launches
    7.  Seminars

    Event Planning Process

    Terdapat LIMA (5) fasa dalam perancangan acara iaitu seperti berikut:

    1.  Initiation (feasibility & concept)
    2.  Planning & Coordination
    3.  Implementation/Execution
    4.  THE Event
    5.  Shutdown & Evaluation


    
    Penceramah menggunakan kaedah komunikasi dua hala dengan peserta
    

    Tuesday, 16 July 2013

    Pengurusan MICE and ACARA

    Penulis berharap agar anda semua masih ingat bahawa bidang pelancongan mempunyai 8 sektor utama. Salah satu dari sektor tersebut adalah MICE & EVENT iaitu Pengurusan MICE dan Acara.

    Pasti anda semua biasa mendengar perkataan MICE. MICE merupakan singkatan bagi Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions  iaitu Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran.


    Berdasarkan buku "Meetings Industry Terminology" yang diterbitkan  oleh  the International Association of Professional Congress Organizers (IAPCO),  definisi bagi Meeting, Incentive, Conference dan Exhibition adalah seperti berikut iaitu:

    M (Meeting) - istilah biasa yang digunakan dan menunjukkan kedatangan sebilangan orang ke sesuatu tempat bagi melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti.

    I (Incentive) - acara perjumpaan yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada program di mana terdapat sesi penganugerahan kepada peserta berdasarkan pencapaian mereka sebelum ini. 
     
    C (Conference) - mesyuarat yang merangkumi sesi perbincangan, pencarian fakta, penyelesaian masalah dan khidmat runding cara. Persidangan melibatkan ahli yang lebih ramai daripada mesyuarat namun kecil sedikit berbanding kongress.
     
    E (Exhibition) - Acara dimana terdapat pameran berkaitan produk dan perkhidmatan.
     

    Footer:
    ICCA is the global community for the meetings industry, enabling its members to generate and maintain significant competitive advantage.  for  more info http://www.iccaworld.com/abouticca.cfm

    H7N9 Menggugat Kegembiraan


    Aku tidak terus memberikan persetujuan semasa Cik Fiena telefon pada pagi tersebut.  Perkara pertama yang dilakukan sudah semestinya meminta keizinan ayahanda dan bonda tercinta.  Aku minta beberapa jam sebelum memberikan jawapan samada menerima ataupun menolak peluang keemasan tersebut.
    Cik Fiena telefon kira-kira jam 9.30 pagi, aku menelefon beliau semula kira-kira jam 11 pagi. Rezeki jangan ditolak, orang kata. Alhamdulillah, tepat jam 11 pagi aku memberikan persetujuan menerima tawaran menjadi Tour Leader ke Beijing.

    Setelah memberikan persetujuan kepada Cik Fiena, segera kuhantar  sistem pesanan ringkas kepada adik beradik yang lain pula. Berkongsi berita gembira bersama mereka.

    Bang Teh, adik lelaki bongsuku membalas dengan pesanan ringkas bahawa aku boleh pergi namun kena beringat untuk tidak memegang sebarang binatang semasa di Beijing kelak.

    “Kak Zura tak payah pergilah kak zura, bahaya tu”,  Izatul salah seorang rakan baik agak bimbang dan menasihatkan aku untuk tunggu dan lihat perkembangan wabak penyakit H7N9 yang sedang  melanda China.

    Glup! Tersentap dan telan air liur aku dibuatnya. Hati mula tidak keruan. Peluang tidak semestinya datang berulang-kali.  Takkan nak telefon semula Cik Fiena dan tolak pula tawaran tersebut. Dalam hati, kupanjatkan doa semoga Allah permudahkan segala urusanku ke sana kelak.

    Beberapa hari berikutnya, aku menunggu berita dan perkembangan terkini virus penyakit ini di media masa khususnya perkembangan di Shanghai dan Beijing. Berdasarkan pembacaan yang aku buat pada masa tersebut, H7N9 merupakan penyakit bawaan haiwan khususnya burung.  Walaubagaimanapun, belum ada kes pindahan iaitu jangkitan  virus ini dari binatang kepada manusia.

    Media masa melaporkan bahawa satu kes yang berlaku di Beijing merupakan kes terpencil. Di Beijing, kanak-kanak yang  dijangkiti H7N9 mungkin kerana beliau bermain di kedai haiwan peliharaan milik bapanya.

    Sebulan lagi masa untuk bertolak, lama lagi tu. Apa yang boleh kulakukan adalah setiap hari kupanjatkan doa agar berlaku keajaiban dan  mudah-mudahan wabak ini  boleh dikawal.  Setiap hari itu jugalah aku pantau perkembangan terkini di China melalui talian internet.

    Teringat pula rakan lama yang juga mempunyai agensi pelancongan bersama isterinya. Ya, aku perlu menelefon Atie Said, isteri Mohamad Shukri. Lantas tangan ligat mendail nombor telefon Atie. Tergelak besar  Atie sebaik mendengar soalan cepu emas yang kulontarkan. Kebetulan Atie baru sahaja pulang dari taklimat di Kedutaan China berhubung virus H7N9 yang melanda negara tersebut.

    “Jangan risau kak Zura, tak ada apa yang perlu dibimbangkan. Pihak kedutaan dah buat pengumuman keadaan di China terkawal, cuma  jangan lupa ambil suntikan influenza sebelum berangkat nanti. Murah, jika di klinik swasta bayaran yang dikenakan cuma RM70, dan berkesan untuk tempoh setahun. Topeng mulut pun jangan lupa kak”. Aku menarik nafas lega, mula tersenyum sendiri mendengar penjelasan panjang lebar daripada Atie itu.