|
Ahli Keluarga Penulis di Hadapan Colmar Tropicale |
|
|
Alhamdulillah, setelah melalui 'onak dan duri', akhirnya penulis dan ahli kontijen percutian yang kesemuanya wanita berjaya juga sampai ke pusat peranginan ini. Maklumlah 'kuasa kuda' kenderaan yang agak rendah dan menggunakan kuasa 'manual' pula tu, tetapi alhamdulillah sampai juga kami ke sini.
Masing-masing rasa agak teruja sebaik sahaja, nampak dari kejauhan bangunan Colmar Tropicale yang seakan-akan istana Far Far Away dari filem The Shrek, filem kesukaan si puteri bongsuku itu.
|
Pemandangan dari balkoni Colmar Tropicale |
Kami sekali lagi rasa sangat bersyukur kerana walaupun kami tiba awal dari check in time pusat peranginan ini, satu bilik yang telah ditempah telah siap dikemas oleh 'house-keeping' dan sedia untuk kami berehat seketika bagi melabuhkan badan.
|
Front Office |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemandangan dari bawah bilik penginapan | | |
|
|
|
|
Gambar di atas merupakan pemandangan dari bawah blok penginapan kami. Kami ditempatkan di tingkat 2 bangunan ini. Namun jangan risau, kerana terdapat kemudahan lif yang disediakan. Terasa seperti suasana di asrama pun ya dan juga ada juga terasa seperti berada di berek askar.
|
Pemandangan dari bilik penulis |
|
|
Bonda tercinta pula mendapat bilik yang lebih luas berbanding bilik penulis. Walaubagaimanapun, pemandangan luar bilik bonda lebih kepada pemandangan hutan semulajadi dan padang golf.
|
Bilik penginapan penulis dan anak-anak |
|
Hiasan perabot berwarna putih |
Cantik juga hiasan dalaman dalam bilik di pusat peranginan ini. Hiasan perabot berwarna putih dan sesuai pula dengan warna cat dinding menaikkan seri dan ketenangan berada di dalam bilik ini. Lagak seperti puteri pula rasanya. Penulis juga mendapat maklumbalas positif daripada anak-anak berhubung hiasan dalaman dan warna yang digunakan dalam bilik ini.
terlihat di situ stocking penulis... hehe
ReplyDelete