Tuesday, 23 April 2013

QR CODE


QR Code blog All About Tourism and Hospitaliti

As salam dan Salam Sejahtera. Sudah lama rasanya penulis tidak update blog penulis yang tercinta ini.

Bukan tiada idea, kerjaya penulis sebagai seorang pendidik memerlukan sedikit ruang waktu diperuntukkan kepada kerja-kerja menyemak penilaian pelajar bagi tujuan penyediaan Penilaian Berterusan. Namun, alhamdulillah sempat juga menulis ambil waktu rehat tengahari ini untuk update sedikit penulisan.

Penulis pasti, para pembaca sekalian pernah melihat gambarajah di atas. Mungkin di dalam majalah, mungkin juga di layar internet, di badan-badan kenderaan, bahkan juga mungkin di kad-kad perniagaan.

Rajah di atas merupakan QR Code untuk memudahkan samada pembaca, pelanggan dan bakal pelanggan melayari sesuatu website mahupun blog. Juga boleh digunakan bagi no telefon dan sebagainya.

Penulis sendiri bercadang untuk meletakkan QR Code blog penulis ini di facebook dan kad perniagaan penulis. Selain dari mempromosikan blog ini, ianya juga akan meningkatkan lagi motivasi penulis untuk terus berkarya dan berkongsi sekelumit ilmu yang penulis ada.

Proses membina QR Code ini agak mudah sebenarnya, apa yang diperlukan adalah pembaca perlu memuat turun perisian bagi QR Code generator. Sekiranya QR Code pembaca bertujuan untuk mempromosi laman web, jangan lupa untuk meletakkan tajuk dan url address website atau blog kalian.

Biarkan software tersebut menjana maklumat tersebut, dalam masa beberapa minit bahkan mungkin beberapa saat bergantung kepada kelajuan internet anda, QR Code seperti rajah di atas akan terhasil.

QR Code ini juga sebenarnya merupakan trend terbaru dalam bidang pelancongan dan hospitaliti. Tidak mustahil pada masa yang singkat nanti, papan-papan tanda di tempat-tempat pelancongan akan menggunakan QR Code ini menggantikan papan-papan tanda informasi sedia ada. Dunia sudah berubah bukan.

Jadi selamat ber QR CODE...

No comments:

Post a Comment