Wednesday 3 April 2013

Colmar Tropicale - Tarikan Pusat Peranginan Berkonsepkan Perancis

Penulis telah nyatakan dalam post terdahulu mengenai jenis-jenis tarikan dalam pelancongan iaitu hiburan, tapak-tapak sejarah, muzium, alam semulajadi, persembahan seni dan taman tema.

Alhamdulillah, penulis mengambil kesempatan sempena cuti persekolahan di Malaysia baru-baru ini untuk membawa keluarga tercinta bercuti. Walaupun hanya 2 hari 1 malam, tetapi syukur sekurang-kurangnya pengalaman baru bagi kami sekeluarga, lari dari konsep percutian pantai yang sering kami lakukan.

Penulis sendiri tidak menyangka kami akan ke pusat peranginan berkonsepkan Perancis ini. Perancangan awal hanya sekadar percutian pantai di Impian Morib, Banting, Selangor. Namun, kegagalan Agoda iaitu salah satu perkhidmatan tempahan penginapan percutian membaca kad debit penulis, membuka peluang kepada penulis untuk mencari pula tempat percutian yang lain.

Penulis cuba pula mencari tempat penginapan percutian yang lain menggunakan Asiarooms.com, dan alhamdulillah berjaya. Sekilas pandang, seperti tidak mampu rasanya untuk bercuti di Colmar Tropicale yang terletak di Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang. Rupa-rupanya, terdapat bilik berharga kira-kira RM245++. 

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi


Kami memulakan perjalanan kira-kira jam 9.30 pagi, waktu check ini hotel tersebut adalah pada jam 3 petang. Sebenarnya, sekiranya anda ingin berkunjung ke sana tidak perlu tunggu sehingga hampir waktu check in. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan sekitar Colmar Tropicale antaranya Animal Parks, Adventure Parks, Bowling di Club House, mendaki di Botanical Garden dan Japaneese Garden Tea House, Spa di Japaneese Garden Tea House dan banyak lagi. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kawasan-kawasan tersebut juga di bawah pengurusan pihak Colmar Tropicale.

Penulis bertolak dari Seremban, N.Sembilan menggunakan lebuh raya Utara Selatan, menuju ke Kuantan, masuk ke lebuhraya Karak. Kami tersilap memilih persimpangan pada mulanya, ingatkan pusat peranginan ini terletak betul-betul di Bukit Tinggi. Kami memilih jalan menghala ke Janda Baik. Sebaik tiba di Hutan Pine, Bukit Tinggi, bertanya dengan pakcik penjaja di situ,rupa-rupanya kami perlu keluar semula ke lebuhraya menuju ke Bentong. 

Sebaik tiba di Persimpangan Berjaya Hills, kami masuk ke persimpangan tersebut tanpa ragu-ragu dan meneruskan perjalanan menghala ke Colmar Tropicale.





No comments:

Post a Comment