Wednesday 10 April 2013

Halal Conscious Travellers 1

Bunting 4th Penang International Halal Expo and Conference



Logo Halal Malaysia

Seringkali juga meniti perkataan 'conscious' di bibir kita. Apa itu 'conscious' sebenarnya?

Conscious merujuk kepada maksud "having an awareness of one's environment and one's own existence, sensations, and thoughts",  (www.thefreedictionary.com).

Dalam erti kata lain, 'conscious' bermaksud kesedaran mengenai keadaan yang berlaku di sekeliling individu tersebut, juga sedar mengenai kewujudan, perubahan yang berlaku pada deria misalnya panas, sejuk, sakit dan juga pemikiran seseorang.

Halal Conscious Travellers iaitu isu yang kita sedang bincangkan ini merupakan KESEDARAN HALAL DI KALANGAN PARA PELANCONG. Apa signifikannya kesedaran halal di kalangan para pelancong, khususnya para pelancong Muslim? Mungkin agak mengejutkan juga, jika penulis memberitahu bahawa permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal ini juga turut mendapat tempat di hati para pelancong bukan beragama Islam.

Isu yang akan penulis kupas sebentar lagi, kebanyakannya akan dipetik daripada pembentangan oleh CEO Crescentrating, Singapura iaitu Mr Fazal Bahardeen semasa penulis menyertai Persidangan Halal AntarabangsaPenang (Penang International Halal Conference) pada bulan Januari 2013 yang lalu. Kertas kerja beliau bertajuk "The Rise of Halal Conscious Travellers and its Impact on the Global Hospitality Industry". 


Terdapat TIGA (3) persoalan utama yang diketengahkan iaitu:
  1. WHY take a serious look  at this market segment?
  2. WHAT are the unique needs and how can they be accomodated?
  3. HOW to promote these facilities and services while balancing the needs of the other market segments?

Halal Basics (products and services)

1. Halal: Permissible for use by Muslims, as opposed to non-halal/Haram (Not permissible for use by Muslims)
2. Halal goes well beyond food
3. The values behind Halal: It attracting non-Muslim consumers

Berdasarkan TIGA (3) fakta di atas, jelas di sini bahawa konsep 'Halal' itu sangat mudah iaitu sesuatu produk mahupun perkhidmatan itu mestilah sesuatu yang dibolehkan digunakan/dimakan/dinikmati oleh orang Islam. Ianya terdiri bukan daripada produk berasaskan mana-mana satu jenis binatang iaitu khinzir dan anjing, bukan daripada benda-benda yang merbahayakan kesihatan dan nyawa, bukan dihasilkan daripada bahan yang memabukkan. Halal di sini bermaksud menepati kehendak hukum syara'.

Konsep halal itu juga telah luas, bukan hanya meliputi makanan bahkan perkhidmatan, tidak ada sebarang aktiviti melalaikan, memabukkan dan segala aktiviti yang ditegah oleh agama Islam. Halal juga meliputi proses penghasilan sesuatu produk, adakah mengamalkan kebersihan. Sistem pengangkutan produk khususnya makanan dan minuman juga tidak boleh bercampur dengan bahan-bahan lain yang ditegah oleh hukum syara'.

Aplikasi sistem 'halal' sebenarnya ibarat 'serampang dua mata' iaitu 2 dalam 1. Penawaran produk dan perkhidmatan halal ini juga sebenarnya selain dari menyediakan perkhidmatan dan produk yang diperlukan oleh orang Islam, juga turut berjaya menarik perhatian masyarakat bukan Islam.


Adakah terdapat pasaran bagi produk dan perkhidmatan Halal?

Semua pihak di dunia telah lama menyedari kewujudan pasaran halal yang sangat besar. Mr Fazal Bahardeen dalam kertas kerjanya bertajuk "The Rise of Halal Conscious Travellers and its Impact on the Global Hospitality Industry"  menyatakan bahawa penduduk Muslim di dunia adalah seramai 1.6 billion yang mewakili 23 peratus daripada jumlah penduduk dunia.

Berlaku peningkatan dari segi 'kesedaran halal' di kalangan penduduk dunia, malahan pencarian mereka bagi produk halal telah menjangkaui lebih dari sekadar produk malahan berkembang kepada sektor perkhidmatan pula.

Pada masa ini, terdapat pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan halal dari segenap negara di dunia. Industri halal pada masa ini dianggarkan telah mencapai melebihi USD 2 Trillion. Sungguh besar bukan?

Lagi Fakta dan Statistik Berkaitan Industri Halal Seluruh Dunia

  • Halal Food market: +16% of world food market
  • Islamic Finance industry:growing at 15%; could reach US$4 trillion in five years up from US$500 billion in 2008 (Moody's Investors Services)
  • Nestle:US$3.6 billion sales from Halal Products
  • New Zealand: world biggest exporter of Halal Lamb
  • Netherlands: Rotterdam port is one of the biggest Halal warehouse
  • Brazil: a substantial percentage of its meat exports are Halal products
  • Malaysia/Thailand: aggresively positioning itself in the Halal market
  • Halal Conferences & Exhibitions: fast growing phenomenon
  • Websites on Halal Issues: exponential growth
  • Google searches on "Halal": recording a massive increase.
Lihatlah para pembaca sekalian, hatta pencarian aspek "halal" dalam google search juga direkodkan semakin meningkat. Jangan lupa kepada teori Permintaan dan Penawaran. Sangat mudah peranan yang boleh dimainkan oleh setiap individu di dalam melonjakkan "isu halal" khususnya dalam penawaran produk dan perkhidmatan halal di negara kita.









No comments:

Post a Comment