Wednesday 10 April 2013

Halal Conscious Traveller Part 2

Industri halal kini mula mendapat tempat di negara-negara berikut:
  1. Thailand
  2. Hong Kong
  3. Dusit Hotel Group
  4. Gold Coast
  5. Korea
  6. China
Malaysia sendiri, punya kelebihan sebagai negara yang mempunyai banyak kemudahan islamik, apatah lagi agama Islam sebagai agama rasmi sepatutnya perlu berada di barisan hadapan di dalam menawarkan produk dan perkhidmatan halal, khususnya kepada para pelancong yang datang dari luar.

Saban tahun, sekiranya rakan-rakan pembaca sekalian perhatikan, terdapat beberapa destinasi di negara kita yang mendapat kunjungan yang agak menggalakkan daripada para pelacong dari negara-negara Arab. Di Langkawi, Pulau Pinang juga di tanah-tanah tinggi seperti di Bukit Tinggi, Pahang.

Suka penulis berkongsi pengalaman semasa percutian penulis bersama keluarga baru-baru ini di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di Hentian Genting Sempah, di lebuhraya Bentong Karak. Ayat pertanyaan daripada anak-anak penulis,yang penulis masih ingat hingga kini adalah "ramainya orang putih kat sini ibu". Penulis menjawab "itu bukan orang putih, itu orang Arab, mereka suka datang ke Malaysia mungkin kerana Malaysia merupakan sebuah negara Islam, juga kerana matawang negara kita yang agak rendah berbanding negara mereka".

Industri Halal Peluang Melakukan Inovasi

Mari sama-sama kita renungkan, terdapat pelbagai ruang dan peluang bagi pemain-pemain industri samada peringkat pengurusan atasan mahupun sumber tenaga kerja di lapangan untuk melakukan inovasi,rekacipta, penambahbaikan dalam penawaran produk dan perkhidmatan dalam industri halal ini sendiri.

Contoh paling mudah yang boleh penulis kongsikan di sini adalah, masalah bagi penulis semasa pergi melancong, tidak kira samada di tempat penginapan mahupun destinasi pelancongan yang dikunjungi.  Masalah utama adalah apabila ingin menunaikan qada' hajat (buang bahan kumuhan daripada tubuh badan) di tandas-tandas.

Islam amat menekankan 'istinjak' iaitu bersuci. Walaubagaimanapun, ketiadaan kemudahan bagi para pelancong untuk bersuci selepas menunaikan hajat amatlah 'menyusahkan' dan merupakan pengalaman pahit bagi pengunjung. Penulis sendiri, cukuplah sekali sekiranya sudah terkena, insyallah tidak sekali-kali penulis akan menjadi repeat customers di situ lagi.

Halal Friendly facilities and services for Hotels

Kemudahan dan perkhidmatan Mesra Halal di premis-premis hotel dibahagi kepada TIGA utama iaitu: 
  1. Need to Have (Mesti ada)
  2. Good to Have (Bagus sekiranya ada)
  3. Nice to Have (Boleh juga sekiranya ada)

  1. Need to Have (Mesti ada)

    Hotel perlu menyediakan kedua-dua perkhidmatan berikut iaitu:

    •  perkhidmatan makanan halal

    •  kemudahan solat

  2. Good to Have (Bagus sekiranya ada)

    • Kemudahan bilik mandi tetamu

    • kemudahan berpuasa di Bulan Ramadhan

  3. Nice to Have (Boleh juga sekiranya ada)

    • kemudahan dan perkhidmatan berekreasi

    • Tiada aktiviti tidak halal

Halal Food Assurance (Kebolehpastian Halal)

  • Self Assurance (Muslim owners/use Halal certified products)
  • Kitchen Certified Halal
  • Restaurant Certified Halal

Halal Food Service

Halal Food Service merangkumi keempat-empat perkara berikut iaitu:
  1. A Halal certified Restaurant/Kitchen
  2.  A Halal certified Breakfast corner/on request
  3. Halal option in the room service menu
  4. A list of the nearby Halal certified restaurants.

 

Prayer Facilities

  1. Prayer direction (Arah Kiblat)
  2. Prayer Timings
  3. Prayer Mats
  4. A list of the nearby mosques

 

Others

  1. water usage in the guest washrooms (tidak ada air, tidak ada paip, pancutand dari mangkuk tandas..uh..uh..amat menyiksakan)
  2. Ramadhan facilities
Apa yang telah penulis nyatakan secara terperinci tadi sebenarnya merupakan elemen yang akan dinilai dan diberi 'rating' sejauh mana sesebuah hotel tersebut menawarkan produk dan perkhidmatan 'mesra halal' kepada para tetamu di hotel.

Singapore Crescentrating akan melangkah lebih jauh lagi di dalam mengeluarkan garis panduan dan juga  menilai sejauh mana premis-premis lain pula diberi penilaian terhadap mematuhi 'mesra halal' di premis mereka masing-masing iaitu seperti berikut:
  1. Restaurant Crescentrating Guide
  2. Theme Parks Crescentrating Guide
  3. Shopping Malls Crescentrating Guide
  4. Attractions Crescentrating Guide
  5. MICE Facilities Crescentrating Guide
  6. Cruise ships Crescentrating Guide
  7. Medical Tourism Crescentrating Guide
 Ketujuh-tujuh aspek yang ingin dibangunkan nanti, sebenarnya adalah untuk memenuhi keperluan para pelancong yang mula menyedari aspek 'halal' yang perlu dipatuhi dan dijadikan rujukan.

No comments:

Post a Comment