Tuesday 12 February 2013

Mukadimah

Bismillahirrahmanirrahim...segala puji bagi tuhan semesta alam, salawat dan salam ke atas junjungan rasulullah s.a.w. Robbiyassir walatua'sir yakarim...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah s.w.t. sekembalinya penulis dari kursus ebook di FINE AKADEMI beberapa hari yang lalu, Allah mempermudahkan jalan bagi penulis untuk mula berkongsi ilmu yang ada dengan para pembaca sekalian.

Insyallah di kesempatan yang diberi oleh Allah s.w.t. ini, penulis akan berkongsi dengan rakan pembaca sekalian serba-sedikit ilmu setahun jagung yang penulis ada.

Kesempatan menjadi pendidik dalam bidang pelancongan dan hospitaliti juga sedikit pengalaman melancong di dalam dan luar negara serta menyertai persidangan berkaitan industri ini memberi ruang kepada penulis untuk berkongsi pula dengan para pembaca sekalian.

Dalam pos-pos selanjutnya, penulis akan menyentuh dan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai industri pelancongan dan hospitaliti.

Penulis akan mengupas mengenai sektor-sektor yang terdapat dalam industri pelancongan negara. Juga akan diselitkan strategi untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan dalam industri pelancongan negara.

Tidak lupa juga karier dalam industri pelancongan sebagai panduan kepada para pengikut blog yang berminat untuk menceburkan diri dengan lebih serius lagi dalam bidang ini.

Semoga ilmu yang bakal dikongsi kelak dapat dimanfaatkan demi kelestarian bidang pelancongan sebagai salah satu sumber ekonomi utama negara. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan segala kekurangan itu sesungguhnya dari diri penulis sendiri.

Penulis juga amat mengalu-alukan teguran dan perkongsian daripada sahabat pembaca sekalian.

Terima kasih juga di atas segala sokongan daripada kalian semua. Syukran jazilan.


Penulis 2013,
(Mazura binti Stapah)

4 comments:

  1. Tahniah atas kelahiran blog ini. Moga-moga dapat memberi kebaikan kepada semua dengan informasi segar.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. tahniah... :) PN MAZURA STAPAH

    from PRINCESS SUMAIYYAH
    https://plus.google.com/104047921837714384643

    ReplyDelete
  4. terima kasih Tuan Ali Imran dan my dear students Atin Faten. :-) insyallah akan menyemarakkan lagi motivasi untuk terus berkarya..

    ReplyDelete