Thursday 28 February 2013

NATIONAL KEY ECONOMY AREAS



Rakan pembaca sekalian, barangkali rakan-rakan pernah melihat gambarajah di atas. Gambarajah di atas merujuk kepada bidang-bidang utama iaitu industri yang diberi penekanan oleh kerajaan untuk dimajukan.

Usaha kerajaan untuk memajukan kesemua 12 bidang utama negara dikenali sebagai National Key Economic Areas atau Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programme (ETP) adalah satu usaha komprehensif Kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sasarannya adalah untuk meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari RM23,700 pada 2009 kepada lebih RM48,000 pada 2020 dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan.

Mari kita sama-sama perhatikan, industri pelancongan diberi kepercayaan mampu menyumbang kepada pendapatan utama negara pada masa hadapan. Malahan, ada dua lagi industri yang berkait secara tidak langsung dengan industri pelancongan iaitu healthcare (penjagaan kesihatan) dan Greater Kuala Lumpur and Klang Valley (pembangunan Kuala Lumpur dan Lembah Kelang). 

Industri Pertanian juga sebenarnya mempunyai kaitan dengan industri pelancongan itu sendiri iaitu agrotourism seperti di Cameron Highland.

Justeru, dalam hal ini kesemua pihak perlu mengambil peluang yang ada untuk sama-sama turut serta mengambil peranan di dalam memajukan lagi industri pelancongan di negara kita.

Penulis telah cerita serba sedikit bahawa industri pelancongan merupakan industri yang agak luas. Sektor-sektor yang terdapat dalam industri pelancongan termasuklah sektor penginapan, travel trade, culinary, rekreasi, tarikan pelancongan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment