Monday 4 March 2013

Recreation/Rekreasi

Lama sungguh rasanya penulis tidak menulis dalam blog ini. Kerjaya sebagai pendidik, memerlukan penulis turut sama keluar daripada institusi di mana penulis menaburkan ilmu. Untuk menjadi pendidik, penulis juga turut tidak terkecuali perlu menambah ilmu yang ada. Tambahan pula, penulis juga baru setahun jagung kembali semula memasuki bidang pendidikan pelancongan.

Sebelum ini penulis berkesempatan mendidik para pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian), di Kota Bharu hampir 9 tahun. Gelaran ijazah pertama yang berjaya penulis perolehi pada tahun 1999 daripada Universiti Putra Malaysia adalah Bac. Sains Perhutanan. Penulis sebenarnya membuat pengkhususan dalam bidang Pengurusan Taman dan Rekreasi.

Penulis redha, bermula dari bawah, perang psikologi juga dalam diri pada masa tersebut. Maklumlah, penulis tiada kaitan langsung dengan bidang kejuruteraan. Walaubagaimanapun, penulis melihat ianya sebagai cabaran.

Penulis diberi latihan 'menggegas', kalau tak silap penulis membuat kerja-kerja 'fitting'. Seronok juga ada pengalaman menggergaji, menggerudi, mengikir dan sebagainya. Sempat juga penulis menghasilkan buku rujukan bagi keperluan Institut Pertanian Perda, yang diilhamkan oleh Mantan Perdana Menteri Kita, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.

Kebetulan juga penulis baru berjinak-jinak juga dengan bidang fotografi, sempat juga tarik students jadi model untuk buku tersebut.

Berbalik semula kepada topik utama kita pada hari ini, rekreasi. Kita telah bincangkan dalam post sebelum ini, rekreasi merupakan salah satu sektor utama dalam bidang pelancongan. Apa itu rekreasi?

Rekreasi

Rekreasi merupakan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu pada masa lapang atau waktu senggang.
Rekreasi tidak melibatkan pertandingan, sekiranya sesuatu aktiviti dilaksanakan dalam bentuk pertandingan ianya digelar sukan.

Penulis beri contoh Raptor Hunt 2013 yang akan berlangsung pada 10hb Mac 2013 ini di Tanjung Tuan yang juga dipanggil Tanjung Biru, Port Dickson. Dalam aktiviti ini para peserta dikehendaki segera sampai ke Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Richardo Light House), rumah api tertua di Malaysia. Pemenang bagi pertandingan ini bakal memenangi tiket penerbangan ke Paris yang ditaja oleh Air France.  Aktiviti ini merupakan sukan kerana berbentuk pertandingan.

Contoh aktiviti rekreasi adalah berenang, memancing, bermain bola tampar. Walaubagaimanapun, sekiranya aktiviti berenang, memancing dan bermain bola tampar itu berbentuk pertandingan, maka ianya merupakan aktiviti sukan.

Aktiviti tersebut boleh dilakukan dalam bangunan ataupun di luar bangunan. Dalam istilah Bahasa Inggeris, aktiviti yang berlangsung di luar bangunan juga dipanggil outdoor recreation, manakala aktiviti yang berlangsung di dalam bangunan seperti bermain catur di dalam dewan merupakan indoor recreation.

Aktiviti rekreasi samada berbentuk outdoor ataupun indoor ini pula boleh jadi berbentuk aktif ataupun pasif. Aktiviti rekreasi aktif melibatkan penggunaan tenaga yang agak banyak juga misalnya aktiviti pendakian gunung, berbasikal, berenang.

Aktiviti rekreasi  berbentuk pasif pula adalah sebaliknya iaitu tidak memerlukan peserta menggunakan tenaga yang banyak misalnya bermain catur, melukis, membaca dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti rekreasi lain yang turut mendapat sambutan di kalangan individu adalah seperti berikut:
               1.  Golf/golf
               2.  Hiking & Tracking
               3.  Birding & Bird Watching
               4.  Swimming/Berenang
               5.  Camping/Berkhemah
               6.  Snorkeling/Scuba Diving
               7.  Memancing.

No comments:

Post a Comment