Monday 4 March 2013

Kepentingan Rekreasi


Sesi Latihan Nature Guiding

Penulis berharap agar rakan-rakan pembaca sekalian masih ingat pos dalam blog ini bertajuk Resort. Penulis ada menyatakan bahawa penginapan yang ingin diiktiraf sebagai resort perlu menyediakan aktiviti-aktiviti utama dan sokongan kepada tetamu.

PNB Ilham Resort misalnya, bakal menjadi penganjur bersama Raptor Watch 2013 dengan agensi kerajaan dan NGO's seperti Kerajaan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysia Nature Society), badan-badan korporat seperti HSBC, IJM, SHELL, AIR FRANCE dan pihak-pihak seperti Jabatan Perhutanan N. Sembilan dan Melaka, PERHILITAN.

Manfaat Aktiviti Rekreasi

Aktiviti rekreasi menyumbang kepada perkara-perkara berikut iaitu:
1. kesihatan mental
Fikiran menjadi tenang, melihat keindahan alam. Fikiran menjadi tenang dapat bercampur gaul dengan  pelbagai peringkat umur dan latar belakang yang berkongsi minat yang sama.

2. kesihatan fizikal
Aktiviti rekreasi khususnya, rekreasi luar melancarkan sistem dalaman seseorang individu. Corak  kehidupan yang semakin sibuk, duduk di pejabat melaksanakan tugasan harian di persekitaran  berhawa dingin pula tu, badan tidak berpeluh. Pepatah ada mengatakan, badan cergas otak sihat. Kesihatan fizikal dan mental sebenarnya saling kait-mengait antara satu sama lain.

3. menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar
Jungle trekking misalnya mendekatkan lagi diri seseorang individu dengan alam semulajadi. Individu akan lebih menghargai alam semula jadi yang semakin terancam pada masa ini.

4. mendekatkan diri dengan pencipta (Tuhan)
Aktiviti rekreasi khususnya aktiviti rekreasi luar, biasanya melibatkan hubungan individu dengan alam semulajadi ciptaan tuhan. Individu akan lebih mengkagumi alam ciptaan tuhan.

5.   platform untuk bersosial
Jika Facebook antara medium komunikasi sosial yang semakin mendapat tempat di hati kebanyakan  populasi penduduk dunia, aktiviti rekreasi juga tidak kurang hebatnya mampu menjadi media yang mampu merapatkan dan menemukan individu dari pelbagai latarbelakang, negara asal, umur dan
sebagainya. Individu yang berkongsi minat yang sama, akan meneruskan jaringan komunikasi   antara mereka selepas menyertai sesuatu aktiviti rekreasi.

6.   membina jaringan kolaborasi dan networking
Kolaborasi di sini bermaksud hubungan dan jalinan kerjasama dalam mana-mana bidang yang          bersesuaian bagi setiap individu. Kolaborasi termasuklah latihan, pekerjaan, sumber dan lain-lain.

7.   mengukuhkan ikatan kekeluargaan, kejiranan, saudara mara
Setiap ahli keluarga boleh melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama samada di kawasan kejiranan          masing-masing ataupun ke destinasi percutian yang diminati.

8.   mengembangkan bakat dan potensi diri
Bakat di sini termasuklah fotografi, menjadi jurupandu arah di hutan, mengambil lesen selam skuba dan
pelbagai lagi aktiviti rekreasi yang berbentuk teknikal. Alhamdulillah, penulis sendiri mengambil          peluang menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk penulisan artikel dan gambar-gambar yang diambil itu pula sebenarnya pada perspektif peribadi penulis merupakan dokumentasi sejarah.

9.   sumber pendapatan
Bakat dan potensi diri yang telah dikembangkan ini boleh dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan pula, misalnya menjadi jurupandu arah di sesebuah hutan rekreasi, individu yang telah lulus kursus renang dan menyelamat (Certified Life Guard) oleh Persatuan Penyelamat dan Kelemasan Malaysia misalnya boleh menjadi jurulatih di kolam-kolam renang seluruh negara.

   10. membina keyakinan diri
Individu yang menyertai aktiviti rekreasi mampu mencapai peringkat tertinggi dalam Hierarki Keperluan Maslow (Maslow Hierarki of Needs). Tolong ingatkan penulis untuk berkongsi lebih lanjut berkenaan apa itu Hierarki Keperluan Maslow. Pergaulan dengan para peserta aktiviti rekreasi yang lain juga mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang individu.


Banyak lagi sebenarnya manfaat menyertai aktiviti rekreasi, cuma setakat ini 10 manfaat yang mampu penulis senaraikan.



Aktiviti Jungle Trekking

Aktiviti Rekreasi Diterjemahkan ke Rencana Akhbar
Aktiviti Renang


Certified Life Guards
 


No comments:

Post a Comment