Friday 15 February 2013

Resort

Jenis penginapan kedua adalah Resort. Penulis sungguh yakin, pasti rakan-rakan pembaca sekalian biasa bercuti di tepi pantai misalnya, atau mungkin juga di kawasan tanah tinggi dan sebagainya.

Berdasarkan sedikit pembacaan yang telah penulis lakukan, namun izinkan penulis untuk turut menggunakan Bahasa Inggeris dalam penulisan ini.


Papan tanda masuk ke Avillion Admiral Cove mengalu-alukan kedatangan tetamu
  
Jalan masuk ke lobi utama resort


Apa itu resort?

Berdasarkan Carribean Hotel Association, "A resort is a full-service lodging facility that provides access to or offers a rangeof amenities and recreation facilities to emphasize a leisure experience".

Resorts serve as the primary provider of the guests' experience, often provide services for business or meetings an are characteristically located in vacation-oriented settings.

For a lodging property to be considered as a resort, certain minimum qualifications must also be met:
      1.  provide one signature amenity/anchor attribute.
      2.  provide FIVE (5) secondary recreation/leisure/entertainment experiences.
      3.  provide one full-service food & beverage outlet.
      4.  bed-base must include short-term/overnight lodging.
     5. minimum of 25 rooms/other accommodations (exception to minimum 
        for properties with 2 signature amenity/anchor attributes)
     6.  emphasize a leisure/retreat-environment experience. 

Signature Amenity

Signature amenity yang dimaksudkan di sini adalah daya tarikan utama yang terdapat di sesebuah resort.  Daya tarikan utama itu pula boleh terdiri samada semulajadi mahupun buatan manusia.

Contoh signature amenity adalah seperti golf, gunung-ganang, pantai dan lautan, spa & kesihatan, marina juga mungkin taman tema.

Walaubagaimanapun, untuk diiktiraf sebagai sesebuah resort, pihak resort terbabit perlulah menyediakan kemudahan yang sepatutnya di dalam memastikan para pelancong berpeluang melibatkan diri sepenuhnya dengan daya tarikan utama tersebut.

Anchor Attribute

Sesebuah penginapan itu, perlu juga memenuhi kriteria anchor attribute sebelum boleh diiktiraf sebagai sebuah resort. 

Anchor attribute merujuk kepada penawaran aktiviti rekreasi dan hiburan kepada kumpulan sasaran berikut iaitu pasangan, keluarga, pendidikan, tropika dan dude ranch (iaitu seperti menunggang kuda, berkhemah dan aktiviti rekreasi luar yang lain).

Dengan bahasa yang lebih mudah, pemasaran resort ini dipecahkan kepada LIMA(5) segmen pasaran yang berbeza iaitu bagi pasangan kekasih sudah semestinya suami isteri yang memerlukan aktiviti santai dan berkasih sayang. 

Pelancong yang datang bersama keluarga pula memerlukan kemudahan rekreasi yang dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga. Pihak resort boleh menyediakan kemudahan sukan dewasa seperti tenis, bola baling juga sukaneka.

Para pelajar pula memerlukan sesuatu input baru yang dapat mengembangkan lagi minda mereka seperti penyediaan kids zone di resort.  Walaupun sedang bercuti, kanak-kanak juga memerlukan tempat untuk belajar sambil bermain.

Bagi keperluan tropika pula merujuk kepada peluang bagi para pengunjung yang sukakan aktiviti  bersama alam semulajadi seperti merentas denai/jungle treking ataupun memberi makan kepada haiwan ternakan.

Selain itu, terdapat juga para pelancong yang datang bercuti untuk melakukan aktiviti rekreasi luar seperti aktiviti tali, menunggang kuda, berkhemah dan sebagainya. 

Penulis rasa, berdasarkan pengalaman penulis menginap selama 2 hari 1 malam di Admiral Avillion Cove beberapa bulan lalu, resort ini merupakan contoh terbaik sebuah resort seperti yang telah kita bincangkan di atas.

 

Admiral Avillion Cove Port Dickson

Penulis dan keluarga bersepakat untuk ke resort ini untuk bersantai menikmati pemandangan bot-bot yang ditempatkan di marina yang terdapat di sini. Suka penulis kaitkan dengan apa yang telah kita bincangkan sebelum ini iaitu signature amenity di resort ini adalah marina iaitu depot bagi bot-bot berlabuh.



Pemandangan indah bot-bot berlabuh betul-betul di hadapan kolam renang di Admiral Marina Cove


Ahli keluarga penulis sempat bergambar di laluan antara lobi resort ke marina

Kita telah sebut tadi anchor attribute, para tetamu resort boleh menyertai aktiviti belayar dengan bot dan kapal layar. Ianya merupakan aktiviti luar, boleh dilakukan dengan pasangan, rakan-rakan mahupun dengan ahli keluarga yang lain.

Aktiviti belayar ini juga turut menyediakan peluang pembelajaran kepada pengunjung. Para pengunjung boleh mengambil peluang untuk menimba sedikit sebanyak ilmu berkaitan pelayaran, arah angin dan mengendalikan bot.

Aktiviti ini turut mendekatkan para pengunjung dengan alam semulajadi. Suasana di resort ini juga merupakan suasana yang lain dari aktiviti seharian pengunjung, bertepatan sekali dengan maksud 'pelancongan' iaitu pergi ke tempat yang lain dari kehidupan seharian seseorang individu.




Kemudahan penyewaan basikal bagi pengunjung untuk bersiar-siar di tepi pantai



Basikal sebagai Recreation Leisure Entertainment Experience (R LE-E)


Kolam renang sebagai daya tarikan tambahan di resort ini


Bilik persalinan pakaian yang bersih, luas dan selesa disediakan bagi kemudahan tetamu

Reception Counter


Penulis sangat berbesar hati dan sentiasa tersemat di hati sanubari penulis akan keramahan layanan kesemua staf di resort ini. Bermula dari pengawal di pintu masuk resort yang sentiasa 'tabik hormat' setiap kali pengunjung masuk ke kawasan resort, agak unik bukan.
 
Ingin penulis kongsi di sini juga, penulis melakukan proses tempahan bilik secara online menggunakan AsiaRooms.com. Walaubagaimanapun, penulis terlupa untuk mencetak borang tempahan bilik tersebut dan membawanya semasa mendaftar masuk ke resort ini.
 
Penulis agak terkejut juga, kerana staf yang bertugas di kaunter daftar masuk pada hari tersebut telah menjemput penulis masuk ke dalam pejabat. Penulis apa lagi, buka email dan terus mencetak borang tempahan bilik tersebut.
 
Tiada langsung menunjukkan muka masam malahan terasa seperti penulis juga salah seorang staf di situ pula. 


Keselesaan tetamu diutamakan sementara menunggu daftar masuk
He...he..nampaknya penulis telah terarah kepada penulisan mengenai Excellent Customer Service pula. Sudah semestinya, industri pelancongan sudah sebati dengan penawaran perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan. Insyallah..dalam penulisan yang akan datang, penulis akan bercerita juga mengenai perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan.
 
Customers is always right bukan? Kepuasan hati pelanggan matlamat utama dalam sektor menawarkan perkhidmatan termasuklah pelancongan secara umumnya dan penginapan khususnya. Insyallah, kelak penulis akan berkongsi dengan pembaca sekalian 3 istilah yang berkait rapat dengan kepuasan hati pelanggan, 'expectation', 'perception' dan 'satisfaction'.
 
Ok, kita patah semula ke isu resort, mari kita lihat lagi apa yang ditawarkan di resort ini. Ini merupakan pengalaman pertama penulis dapat menginap di resort yang agak mewah, mengeluarkan belanja yang minima tetapi memanjakan diri di bilik yang agak lengkap dan keluasan bilik yang boleh tahan juga luasnya.
 
 
Ruang bilik yang agak luas dan disusun atur menarik amat menenangkan fikiran
 

Kemudahan lengkap sesuai untuk seisi keluarga



Tak perlu minta katil tambahan



Kemudahan sinki dan kabinet


Agak unik, boleh tutup bidai kayu dan hidupkan kipas angin jika inginkan privacy


Staf di Kid Zone ramah mesra melayan anak-anak dengan sandy art

Aktiviti pendidikan turut disediakan




Kakak resort yang sporting, anak-anak turut gembira


Lihatlah hasilnya



Menikmati pemandangan indah dari balkoni bilik



Pelbagai aktiviti rekreasi boleh dilakukan di sini

 

Permainan karom pun ada
 
Boleh juga main game yang disediakan



Terdapat pelbagai pilihan aktiviti lain juga boleh dilakukan di sini. Melawat petting zoo, memberi makan arnab, memberi makan ikan di atas dek laut, tenis, berbasikal, berenang, belayar menaiki kapal layar, kiddie zone dan banyak lagi. Kesemua aktiviti tersebut beserta jadual dan kos turut  diletakkan dalam brosur di dalam bilik sebagai rujukan kepada tetamu di dalam merancang aktiviti semasa bercuti di sini.






No comments:

Post a Comment